Sunday, December 13, 2009

Sejarah III

Kota Pakkis dan Kota Mangkuwang kembali sibuk dengan aktiviti perdagangan pertukaran barang-barang yang menjadi nadi uama ekonomi kedua-dua wilayah ini. Antara barang dagangan yang penting ialah hasil pertanian, penternakan dan hutan, rempah, emas dan bijih timah dan menukarkannya dengan tekstil kapas dan sutera, barang-barang hiasan, senjata serta barangan kulit.

Penguasa bandar akan mengekana cukai bagi setiap barangan yang diturun dan dinaikkan dengan kadar sekeping gangsa bagi sepikul, sekeping perak bagi segandar dan sekeping emas bagi 10 pikul atau 5 gandar. Ia adalah satu sistem cukai yang unik dan amat berpatutan serta merancakkan lagi kegiatan pelabuhan di sini. Namun semuanya berubah apabila ia telah bertukar tangan kepada seorang pemerintah yang sememangnya kejam dan tamak serta bertuhankan nafsu dan bersahabat dengan syaitan. Setiap barangan akan dikenakan cukai yang tidak munasabah dan selalunya terpaksa dibayar tinggi kerana sikap para pegawai yang sering kedarah rasuah serta tamak menjunjung nafsu serakah.

Setelah setahun berlalu dan semua wilayah yang dikuasai oleh Maharaja Seri Pura Sakti tidak mengalami apa-apa perubahan selain dari dihimpit dengan pemerintahan yang kejam dan kadar cukai baru yang membebankan. Ini diburkkan lagi dengan beberapa sikap para pemimpin dan pegawai-pegawainya yang sering menimbulkan huru-hara dengan bertuankan nafsu serta sering mengundang perbalahan sehingga menyebabkan seluruh rakyatnya tertekan. Setahun yang berlalu amat memeitkan terutama bagi rakyat kebanyakan. Tiada masa untuk mengumpul harta, kehidupan hanya mampu diteruskan seadanya.