Tuesday, November 23, 2010

Bersatunya ketua-ketua

Satu pertemuan telah berlaku di Wilayah Bulluhan bagi membincangkan strategi bagaimana mengembalikan kestabilan dan menyekat beberapa cubaan pemberontakan dari beberapa kekuasaan terutamanya dari kerajaan jiran dan pengikut setia Maharaja Seri Pura Sakti. Ini amat menyukarkan pihak ketua-ketua wilayah mengatur satu peperangan bagi membebaskan beberapa kota yang ditakluk.

Mereka telah berkumpul buat kali pertama di rumah ketua wilayah ini yang bernama Dalipur Ushi dengan kedatangan 5 ketua-ketua wilayah lain iaitu Ketua Wilayah Kunnin, Ketua Wilayah Durran, Ketua Wilayah Assam dan Putera Emir Din. Setiap ketua memberi pendapat dan buah fikiran untuk menyusun strategi juga janji bersatu hati bagi mengembalikan Kota Pakkis yang dirampas. Putera Emir Din sendiri telah mempunyai perancangan dan pantas dipersetujui oleh mereka semua dengan mengumpulkan 10 ribu tentera di Assam dan 10 ribu tentera di pinggir Kota Pakkis.

Dalam tempoh hampir tiga bulan, mereka berjaya merekrut sehingga 25 ribu bala tentera namun terpaksa mengimpot dan mebina senjata-senjata bagi setiap tentera. Pada masa ini, Putera Emir Din telah menunjukkan satu sikap kepimpinan yang tinggi sehingga menjadi buah mulut masyarakat ketika itu termasuk dikalangan ketua-ketua wilayah. Ketua Wilayah Kunniur dan Maggis telah menghantar satu utusan bagi menawarkan diri menyertai ekspedisi penyingkiran Seri Pura Sakti atau Negeri Atasangin ini. Mereka telah bersetuju menyediakan hampir 30 ribu tentera dan melengkapkan hampir 50 ribu tentera bagi mendepani cabaran hampi 100 ribu angkatan Atasangin.

Kebijaksanaan Putera Emir Din terselah dengan memecahkan gerombolan tentera kepada 8 orang panglima mewakili wilayah masing dengan satu bendera dipegang oleh Putera Khammis iaitu putera sulung beliau. Strategi pertama ialah dengan membina kota tentera bagi setiap bendera supaya pemecahan bala tentera berlaku dan akan menyukarkan musuh menyerang kerana kedudukannya yang berselerak dan perlu banyak serangan bagi menyekang kekuatan namun dapat ditumpaskan setiap masa kerana pembinaan kota yang strategi dan jauh dari perkampungan masyarakat awam.
Setiap purnama berjalan dengan perluasan kawasan kekuasaan apabila setiap kota berjaya menggabungkan kampung-kampung dan pekan-pekan disekitar kawasan bagi menyekat laluan dan sabotaj pergerakan dari Atasangin ke Kota Pakkis. Apabila hampir semua kawasan telah berjaya dikuasai dalam tempoh hampir setahun, gerakan bermula dengan pembinaan empat kota mengelilingi Kota Atasangin. Pertempuran sentiasa berlaku namun setiap kejayaan telah di motivasikan dengan kesungguhan bagi setiap tentera. Mereka akan dijanjikan dengan setiap tapak rumah dan sebidang tanah ladang selain gaji bagi sepuluh keping perak sebulan.

Kejayaan dalam usaha pengabungan ini adalah satu strategi yang amat mahal keranan wujudnya persefahaman antara ketua-ketua wilayah kerana mereka tidak akan kehilangan wilayah tetapi dijanjikan keamanan dan semangat bagi membina satu empayar yang lebih kuat bagi mengelaksebarang ancaman pada masa-masa akan datang.

Sunday, December 13, 2009

Sejarah III

Kota Pakkis dan Kota Mangkuwang kembali sibuk dengan aktiviti perdagangan pertukaran barang-barang yang menjadi nadi uama ekonomi kedua-dua wilayah ini. Antara barang dagangan yang penting ialah hasil pertanian, penternakan dan hutan, rempah, emas dan bijih timah dan menukarkannya dengan tekstil kapas dan sutera, barang-barang hiasan, senjata serta barangan kulit.

Penguasa bandar akan mengekana cukai bagi setiap barangan yang diturun dan dinaikkan dengan kadar sekeping gangsa bagi sepikul, sekeping perak bagi segandar dan sekeping emas bagi 10 pikul atau 5 gandar. Ia adalah satu sistem cukai yang unik dan amat berpatutan serta merancakkan lagi kegiatan pelabuhan di sini. Namun semuanya berubah apabila ia telah bertukar tangan kepada seorang pemerintah yang sememangnya kejam dan tamak serta bertuhankan nafsu dan bersahabat dengan syaitan. Setiap barangan akan dikenakan cukai yang tidak munasabah dan selalunya terpaksa dibayar tinggi kerana sikap para pegawai yang sering kedarah rasuah serta tamak menjunjung nafsu serakah.

Setelah setahun berlalu dan semua wilayah yang dikuasai oleh Maharaja Seri Pura Sakti tidak mengalami apa-apa perubahan selain dari dihimpit dengan pemerintahan yang kejam dan kadar cukai baru yang membebankan. Ini diburkkan lagi dengan beberapa sikap para pemimpin dan pegawai-pegawainya yang sering menimbulkan huru-hara dengan bertuankan nafsu serta sering mengundang perbalahan sehingga menyebabkan seluruh rakyatnya tertekan. Setahun yang berlalu amat memeitkan terutama bagi rakyat kebanyakan. Tiada masa untuk mengumpul harta, kehidupan hanya mampu diteruskan seadanya.

Tuesday, November 10, 2009

Sejarah II (Purasakti Inderasari)

Kegiatan perdagangan menjadi satu aktiviti ekonomi yang penting di kedua-dua kota terutamanya Kota Pakkis kerana bentuk geografinya yang strategik dari pengaruh taufan dan tebingnya yang dalam menyebabkan para pedagang berlabuh lama. Ia berbeza dengan Kota Mangkuwang yang digunakan untuk menurun dan menaikkan barang dagangan tanpa ada persinggahan yang lama kerana ruang pelabuhannya yang agak terbatas. Oleh kerana faktor berkenaan, Kota Pakkis lebih dicemburui dan diancam oleh pelbagai musuh berbanding dengan Kota Mangkuwang yang agak selamat kerana berada di kawasan delta perkampungan serta kotanya lebih besar dan kukuh kerana orang-orang Kunninan dikenali sebagai jurubina yang handal.


Setelah 10 tahun Wilayah Atasangin berjaya menguasai hampir keseluruhan wilayah-wilayah kejiranannya namun mereka masih lagi belum berjaya menawan dua buah kota pelabuhan yang penting ini. Ketua Wilayah Atasangin Seripura Halilintar telah membuat satu rencana dengan menyiapkan segala kekuatan yang ada untuk menyerang kedua-dua kota dengan ketumbukan hampir 500,000 tentera dengan mengerahkan wilayah-wilayah jajahannya agar memberi kerjasama. Beliau memang dikenali sebagai seorang pemerintah yang bengis dan kejam ditambah lagi dengan kepandaian ilmu hitam yang hebat sehingga menngerunkan wilayah-wilayah jiran. Namun agak sukar baginya untuk menawan kedua-dua kota tersebut kerana beberapa faktor logistik serta sistem pertahanan yang kukuh kerana di lengkapi oleh beratus-ratus buah meriam.

Setelah berakhirnya musim tengkujuh, bala tentera Atasangin bergerak menuju ke Bulluhan melalui Assam, Rambai, Durran seterusnya berkampung di sebuah perkampungan bersempadan dengan kedua-dua wilayah yang ingin diserang itu selama hampir sebulan. Mereka telah berjaya mengumpul kekuatan dan segala persiapan tentera serta menyekat segala aktiviti perdagangan sehinnga hampir melumpuhkan ekonomi kedua-dua wilayah yang sememangnya telah suram selama 10 tahun penguasaannya. Pada malam cerah dengfan bulan mengambang penuh selama enam hari peperangan maka akhirnya jatuhlah kedua-dua kota tersebut ke tangan Seripura Halilintar. Seluruh wilayah-wilayah berada didalam genggamannya.


Sudah genap 6 bulan penaklukan tersebut Seripura Halilintar telah menggelarkan dirinya Maharaja Seripura dengan menamakan kerajaannya Purasakti Inderasari dengan pemerintahan dibawah kesemua menteri yang mempunyai kuasa sakti.Kegiatan perdagangan di kedua-dua pelabuhan kembali berjalan seperti biasa namun banyak kesan buruk kerana segala urusan telah dikuasai oleh orang-orang yang tamak haloba dan gila kuasa.

Monday, November 9, 2009

Sejarah I


Dipercayai mula dihuni sekitar tahun 1100 masihi dengan perhijrahan orang-orang benua barat mendiami kawasan-kawasan sekitar sungai seberang yang menjadi laluan utama benua serantau. Struktur muka bumi yang berpaya tropika dengan tanah tinggi bercerun jauh menjadikan wilayah-wilayah ini kurang didiami oleh manusia sehingga abad ke 11.


Kemunculan aktiviti perlombongan dan pertanian komersil menyebabkan migrasi secara besar-besaran oleh ramai kelompok kaum-kaum dari benua timur dan barat di tambahkan lagi dengan beberapa peperangan dan penindasan akibat dari penakhlukan-penakhlukan. Selepas abad ke 13 munculnya kerajaan-kerajaan wilayah seperti Kunninan, Bulluhan dan Durranan. Menjelang abad ke 15, terdapat sehingga 5 kerajaan besar dengan kemunculan wilayah Assam, Kunniur, Arasangin, Kullam dan Lummu selain tiga wilayah lama yang mampu bertahan walaupun sering diancam serangan sesama sendiri akibat perebutan kawasan kampungan dan pengaruh dari ketua-ketua daerah.


Struktur sosilogi masyarakat di wilayah-wilayah berkenaan sebenarnya melalui ketua-ketua adat yang terdiri dari kepala-kepala kampung kemudian dikuasai oleh orang-orang kaya wilayah yang selalunya mendapat perlindungan daripada ketua-ketua kerajaan wilayah berkenaan. Mereka menjana pendapatan melalui sistem pajakan atau pemilikan tanah, lombong  dan juga binatang ternakan selain kawasan pengairan yang sememangnya penting kerana wujudnya kota-kota di kawasan yang menjadi sumber air. Dipercayai pada awal abad ke15 populasi bagi penduduk di sekitar wilayah ini mencecah 3 juta orang. Kebanyakan menjadi petani, askar upahan, buruh kasar selain pengikut-pengikut orang kaya yang mengutip cukai dan hasil selazimnya kakitangan awam pada hari ini.



Pada abad ini juga berlakunya perluasan kuasa secara besar-besaran oleh orang kaya wilayah arasangin kerana terpengaruhnya dengan kebangkitan kuasa-kuasa benua barat yang berjaya menyatukan tanah-tanah wilayah menjadi sebuah negara besar yang berpengaruh dan bertamadun. Oleh kerana wilayah ini mempunyai populasi yang ramai, dengan kota yang besar dan kukuh serta mempunyai seorang ketua yang mempunyai kuasa yang luar biasa maka perluasan kuasa berlaku dengan pantas hanya memakan masa selama sepuluh tahun sahaja semua wilayah berada di bawah kekuasaannya kecuali wilayah persisiran sungai iaitu Bulluhan dan Kunninan. Walaupun tidak dijajah namun mereka sering diserang sehingga menyebabkan kegiatan pembangunan dan kesejahteraan rakyatnya terancam.


Sungai Sebrang adalah nadi utama dan agak besar untuk semua kapal-kapal dagang berlabuh sehingga ada yang menggelarkannya sebagai Selat Sebrang. Disinilah kegiatan dagangan utama barang-barang didaratkan sehingga ke wilayah-wilayah utara yang terletak di dataran-dataran tinggi. Wujudnya kota-kota pelabuhan dan perbandaran yang rapi kerana gedung-gedung dimiliki oleh para pedagang juga sikap pemerintahnya yang disenangi kerana mengamalkan sikap langit terbuka.Kota Pakkis dalam Wilayah Bulluhan dan Kota Mangkuwang dalam Wilayah Kunnin menjadi antara kota tersohor di serantauan kerana memberikan keamanan kepada sesiapa jua yang datang berdagang.