Tuesday, November 10, 2009

Sejarah II (Purasakti Inderasari)

Kegiatan perdagangan menjadi satu aktiviti ekonomi yang penting di kedua-dua kota terutamanya Kota Pakkis kerana bentuk geografinya yang strategik dari pengaruh taufan dan tebingnya yang dalam menyebabkan para pedagang berlabuh lama. Ia berbeza dengan Kota Mangkuwang yang digunakan untuk menurun dan menaikkan barang dagangan tanpa ada persinggahan yang lama kerana ruang pelabuhannya yang agak terbatas. Oleh kerana faktor berkenaan, Kota Pakkis lebih dicemburui dan diancam oleh pelbagai musuh berbanding dengan Kota Mangkuwang yang agak selamat kerana berada di kawasan delta perkampungan serta kotanya lebih besar dan kukuh kerana orang-orang Kunninan dikenali sebagai jurubina yang handal.


Setelah 10 tahun Wilayah Atasangin berjaya menguasai hampir keseluruhan wilayah-wilayah kejiranannya namun mereka masih lagi belum berjaya menawan dua buah kota pelabuhan yang penting ini. Ketua Wilayah Atasangin Seripura Halilintar telah membuat satu rencana dengan menyiapkan segala kekuatan yang ada untuk menyerang kedua-dua kota dengan ketumbukan hampir 500,000 tentera dengan mengerahkan wilayah-wilayah jajahannya agar memberi kerjasama. Beliau memang dikenali sebagai seorang pemerintah yang bengis dan kejam ditambah lagi dengan kepandaian ilmu hitam yang hebat sehingga menngerunkan wilayah-wilayah jiran. Namun agak sukar baginya untuk menawan kedua-dua kota tersebut kerana beberapa faktor logistik serta sistem pertahanan yang kukuh kerana di lengkapi oleh beratus-ratus buah meriam.

Setelah berakhirnya musim tengkujuh, bala tentera Atasangin bergerak menuju ke Bulluhan melalui Assam, Rambai, Durran seterusnya berkampung di sebuah perkampungan bersempadan dengan kedua-dua wilayah yang ingin diserang itu selama hampir sebulan. Mereka telah berjaya mengumpul kekuatan dan segala persiapan tentera serta menyekat segala aktiviti perdagangan sehinnga hampir melumpuhkan ekonomi kedua-dua wilayah yang sememangnya telah suram selama 10 tahun penguasaannya. Pada malam cerah dengfan bulan mengambang penuh selama enam hari peperangan maka akhirnya jatuhlah kedua-dua kota tersebut ke tangan Seripura Halilintar. Seluruh wilayah-wilayah berada didalam genggamannya.


Sudah genap 6 bulan penaklukan tersebut Seripura Halilintar telah menggelarkan dirinya Maharaja Seripura dengan menamakan kerajaannya Purasakti Inderasari dengan pemerintahan dibawah kesemua menteri yang mempunyai kuasa sakti.Kegiatan perdagangan di kedua-dua pelabuhan kembali berjalan seperti biasa namun banyak kesan buruk kerana segala urusan telah dikuasai oleh orang-orang yang tamak haloba dan gila kuasa.

No comments:

Post a Comment