Monday, November 9, 2009

Sejarah I


Dipercayai mula dihuni sekitar tahun 1100 masihi dengan perhijrahan orang-orang benua barat mendiami kawasan-kawasan sekitar sungai seberang yang menjadi laluan utama benua serantau. Struktur muka bumi yang berpaya tropika dengan tanah tinggi bercerun jauh menjadikan wilayah-wilayah ini kurang didiami oleh manusia sehingga abad ke 11.


Kemunculan aktiviti perlombongan dan pertanian komersil menyebabkan migrasi secara besar-besaran oleh ramai kelompok kaum-kaum dari benua timur dan barat di tambahkan lagi dengan beberapa peperangan dan penindasan akibat dari penakhlukan-penakhlukan. Selepas abad ke 13 munculnya kerajaan-kerajaan wilayah seperti Kunninan, Bulluhan dan Durranan. Menjelang abad ke 15, terdapat sehingga 5 kerajaan besar dengan kemunculan wilayah Assam, Kunniur, Arasangin, Kullam dan Lummu selain tiga wilayah lama yang mampu bertahan walaupun sering diancam serangan sesama sendiri akibat perebutan kawasan kampungan dan pengaruh dari ketua-ketua daerah.


Struktur sosilogi masyarakat di wilayah-wilayah berkenaan sebenarnya melalui ketua-ketua adat yang terdiri dari kepala-kepala kampung kemudian dikuasai oleh orang-orang kaya wilayah yang selalunya mendapat perlindungan daripada ketua-ketua kerajaan wilayah berkenaan. Mereka menjana pendapatan melalui sistem pajakan atau pemilikan tanah, lombong  dan juga binatang ternakan selain kawasan pengairan yang sememangnya penting kerana wujudnya kota-kota di kawasan yang menjadi sumber air. Dipercayai pada awal abad ke15 populasi bagi penduduk di sekitar wilayah ini mencecah 3 juta orang. Kebanyakan menjadi petani, askar upahan, buruh kasar selain pengikut-pengikut orang kaya yang mengutip cukai dan hasil selazimnya kakitangan awam pada hari ini.



Pada abad ini juga berlakunya perluasan kuasa secara besar-besaran oleh orang kaya wilayah arasangin kerana terpengaruhnya dengan kebangkitan kuasa-kuasa benua barat yang berjaya menyatukan tanah-tanah wilayah menjadi sebuah negara besar yang berpengaruh dan bertamadun. Oleh kerana wilayah ini mempunyai populasi yang ramai, dengan kota yang besar dan kukuh serta mempunyai seorang ketua yang mempunyai kuasa yang luar biasa maka perluasan kuasa berlaku dengan pantas hanya memakan masa selama sepuluh tahun sahaja semua wilayah berada di bawah kekuasaannya kecuali wilayah persisiran sungai iaitu Bulluhan dan Kunninan. Walaupun tidak dijajah namun mereka sering diserang sehingga menyebabkan kegiatan pembangunan dan kesejahteraan rakyatnya terancam.


Sungai Sebrang adalah nadi utama dan agak besar untuk semua kapal-kapal dagang berlabuh sehingga ada yang menggelarkannya sebagai Selat Sebrang. Disinilah kegiatan dagangan utama barang-barang didaratkan sehingga ke wilayah-wilayah utara yang terletak di dataran-dataran tinggi. Wujudnya kota-kota pelabuhan dan perbandaran yang rapi kerana gedung-gedung dimiliki oleh para pedagang juga sikap pemerintahnya yang disenangi kerana mengamalkan sikap langit terbuka.Kota Pakkis dalam Wilayah Bulluhan dan Kota Mangkuwang dalam Wilayah Kunnin menjadi antara kota tersohor di serantauan kerana memberikan keamanan kepada sesiapa jua yang datang berdagang.

No comments:

Post a Comment